malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ku Nan: Pembangkang salahkan semua orang
ADS

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang mengatakan kerajaan persekutuan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab terhadap gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Dia akan salahkan semua orang lah. Dia akan menuding jari. Macam kita nak bangunkan benda, dia akan salahkan saya macam-macamlah.

"Padahal kita lakukan untuk rakyat. Dia tak peduli rakyat; dia peduli kepentingan dia masing-masing," beliau memberitahu wartawan hari ini.

Beliau bercakap kepada wartawan selepas mengadakan lawatan ke bangunan letak kereta bertingkat di PPr Pekan Kepong dan pasar berhampiran.

Kerja-kerja baik pulih Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang diselenggarakan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) menyebabkan gangguan bekalan air di kawasan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan sebahagian Kuala Lumpur.

Pemulihan bekalan air ditunda apabila Sistem Mampatan Udara pecah pada Selasa lalu ketika kerja-kerja baik pulih dijangka dapat disiapkan awal dari jadual. Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)kerja-kerja pemulihan setakat awal pagi tadi telah siap sebanyak 91.7 peratus.

Ketika ditanya pemberita semalam jika kerajaan Selangor perlu dipersalahkan dalam hal ini, Azmin menjawab, "kalau berani, salahkan perdana menteri."

Menurut beliau kerajaan negeri masih belum dapat membeli SPLASH yang dimiliki kerajaan persekutuan menyebabkan Selangor tidak dapat mengawal berlakunya gangguan bekalan air.

Azmin berkata kedua-dua pihak masih memiliki masa sehingga Julai ini untuk menyiapkan pengambilalihan syarikat itu. Sehinggalah perkara itu terjadi, kerajaan Selangor tidak boleh menyelenggara kemudahan SPLASH.


[Baca berita asal]

Lihat Komen