malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rafizi dan Fahmi, aku cabar debat dua lawan satu - Wan Fayhsal
Diterbitkan: Β Aug 12, 2024 5:22 PM
β‹…
Dikemaskini: 9:23 AM
ADS

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini berkata dia bersedia untuk berdebat dengan dua menteri kerajaan dalam satu debat awam.

Menerusi X, Wan Fayhsal berkata dia masih menunggu jawapan daripada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengenai cabaran debat yang dicadangkannya pada Jumaat lalu (9 Ogos).

"Sekarang aku cabar kamu, dua lawan satu pun tak apa. Rafizi dengan Fahmi lawan aku seorang tak ada masalah

"Sediakan tempat neutral kita lawan sampai habis," kata ahli parlimen Machang pada satu hantaran di X hari ini.

"Lepas selesai debat MAHB-GIP-BlackRock saya sedia debat satu lawan satu dengan Rafizi isu dasar monetari, fractional reserve banking, petro dollar, helicopter money dan lain-lain - itu pun kalau kamu masih lagi sebagai menteri ekonomi lepas reshuffle (rombakan) kabinet ini," kata Wan Fayhsal pada satu lagi hantaran di X.

Ini walaupun Rafizi telah bersetuju untuk terlibat dalam debat dengan Wan Fayhsal pada hari yang sama cabaran itu dikeluarkan.

Pada hantaran yang diterbitkan di X pada 9 Ogos, ahli parlimen Bersatu itu sebelum ini telah mengajak Rafizi untuk berdebat secara langsung, berbanding sesi podcast yang dicadangkan oleh Rafizi mengenai perjanjian MAHB yang sangat kontroversi itu.

Sebagai maklum balas, Rafizi berkata mereka harus terlebih dahulu berbahas mengenai "bagaimana merancakkan ekonomi dengan mencetak wang."

"Kenapa perlu dibahaskan. Sebab ini idea paling bernas mengenai ekonomi pernah datang dari PN," kata menteri ekonomi.

Ini sindiran jelas Rafizi terhadap cadangan Wan Fayhsal pada 2020 untuk membantu rakyat dengan menghapuskan hutang dan "mencetak wang".

Sambil menunjukkan debat secara langsung mungkin memerlukan kos yang tinggi, menteri PKR itu berkata dia bersedia untuk berbincang dengan RTM, Astro dan saluran lain untuk menganjurkan debat itu "demi ekonomi Malaysia".

Semasa temu bual radio BFM pada 2020, Wan Fayhsal pernah mencadangkan dasar β€œduit helikopter” untuk membolehkan Bank Negara mencetak wang dan memberikannya kepada rakyat supaya mereka boleh berbelanja.

Pada masa itu, Wan Fayhsal berkhidmat sebagai timbalan menteri belia dan sukan di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen