malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Peguam gagal dapat penghakiman ringkas kes tuntut RM12.5 juta dari Bersatu
ADS

Saman yang difailkan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla terhadap Bersatu berhubung dakwaan yuran guaman berjumlah RM12.5 juta yang tidak dijelaskan akan melalui perbicaraan penuh pada 2024.

Ia selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Haniff untuk penghakiman ringkas bagi saman tersebut.

Ketika dihubungi, Haniff mengesahkan bahawa hakim Akhtar Tahir telah menolak permohonannya dan mengarahkan dia membayar kos RM3,000 kepada Bersatu.

"Perbicaraan (penuh) ditetapkan pada 18 hingga 22 Mac 2024. Saya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan," katanya sambil menambah Mahkamah Tinggi masih belum menentukan merit saman tersebut.

Mengikut undang-undang sivil, sesebuah mahkamah dibenarkan membuat penghakiman ringkasan bagi sesuatu memutuskan hal perundangan tanpa menjalani perbicaran penuh.

Pada Julai tahun lalu, Haniff dilaporkan memfailkan writ saman dan menamakan bekas perdana menteri dan presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan bendahari parti, Mohamed Salleh Bajuri.

Muhyiddin Yassin

Menerusi pernyataan tuntutannya, Haniff mendakwa jumlah RM12. juta itu untuk khidmat guaman yang diberikan sejak penubuhan Bersatu pada 2016, di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi, sehingga parti itu keluar dari PH pada Februari 2020.

"Sejak 2015 hingga 2016, plaintif adalah peguam yang giat menerusi undang-undang melawan kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa oleh pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak.

"Maka, berdasarkan ideologi falsafah yang sama, plaintif dipanggil Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir untuk menawarkan pandangan perundangan berkaitan undang-undang berhubung penubuhan dan pentadbiran sebuah parti politik.

Hamzah Zainudin

"Individu-individu ini secara langsung dan tidak langsung melibatkan plaintif dan menggunakan khidmat perundangannya," dakwa Haniff.

Haniff mendakwa antara khidmat yang diberikan adalah pendaftaran Bersatu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), mewaliki parti dalam kes di mahkamah, dan memberi nasihat berkenaan PRU14.

Dakwanya lagi, pada 11 Januari tahun lalu, satu invois diberikan kepada Bersatu, Muhyiddin dan Hamzah dan peringatan lanjut diberikan kepada Salleh dan Muhyiddin.

Defendan juga hanya berdiam diri dan tidak membantah invois tersebut, dakwanya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen