Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Bersatu, Dr Rais Hussin Mohamed menggariskan lima isu yang akan dapat memastikan PH tidak tumbang pada pilihan raya akan datang.
Pakar strategi Bersatu itu mendakwa telah dapat membaca tanda-tanda mengenai nasib gabungan parti pemerintah itu lama sebelum orang lain berbuat demikian.
"Barangkali saya melihatnya terlalu awal dan kerajaan PH tidak sedia menerima fakta yang berlaku di bawah.
"Tetapi menafikan kebenaran tidak akan mengubah fakta," katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.
Mengulangi kebimbangannya mengenai masa hadapan PH, Rais menggariskan lima faktor penting yang boleh memanjangkan jangka hayat pakatan itu.
Di samping itu, beliau berkata PH mesti menamatkan perebutan kuasa ala siri televisyen "Game of Thrones" mengenai persoalan jika Presiden PKR Anwar Ibrahim akan menggantikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atau tidak.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini dan sekarang, PH perlu memberi tumpuan kepada lima isu utama - mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan kualiti hidup, mewujudkan pekerjaan yang boleh dijamin, memastikan rumah mampu milik dan membolehkan penjagaan kesihatan yang berpatutan.
"Ini adalah lima prinsip" ekonomi perut "(perut ekonomi).
"Di samping itu, semua pihak dalam PH mesti menghentikan (perebutan kuasa ala siri televisyen) Game of Thrones dan permainan politik yang berlebihan serta menumpukan terhadap melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam manifesto," katanya.
Menjadi keutamaan untuk setiap kementerian memperlihatkan pencapaiannya dan menetapkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi memastikan segala sesuatu dapat diselesaikan tepat berdasarkan tempoh waktunya.
Perlu teknokrat di dalam kabinet
Rais yang juga anggota MT Bersatu turut mencadangkan pengukuhan kabinet dengan fokus terhadap kewibawaan dan bukannya pertimbangan politik.
"Mulakan dengan janji yang mungkin tidak mempunyai pertimbangan kos. Rakyat benar-benar berharap untuk melihat perubahan bermakna.
"Menguatkan kabinet dengan teknokrat yang dapat bekerja untuk melaksanakan tugasnya. Indonesia dan Tunisia telah melakukannya. Kini masa untuk Malaysia juga.
"Penyesuaian politik untuk jawatan menteri boleh difahami tetapi jika fokusnya adalah untuk membina semula bangsa untuk rakyat, maka bawa masuk teknokrat yang boleh dipercayai ke dalam kabinet.
"Amat penting juga untuk pihak yang memegang kuasa dibenarkan mendapat pandangan yang berwibawa dan kritikal daripada mendengar suara tukang sorak dan kaki ampu," katanya lagi.
Rais mengulas laporan Reuters yang menyatakan Mahathir memberi amaran bahawa PH akan menjadi kerajaan sepenggal jika gabungan itu tidak menamatkan percakaran sesama sendiri.
Bagaimanapun, pada sidang akhbar petang ini, perdana menteri menyifatkan laporan itu cuma "pendapat Reuters."
"Saya tidak fikir PH akan menjadi kerajaan sepenggal," kata Mahathir, sambil mengakui bahawa gabungan itu tidak berkesan dalam menyampaikan dasar-dasar dan pencapaiannya.
Sementara itu, Rais, yang dilantik ke jawatannya, berkata beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan Bersatu yang bermula pada 26 Januari ini dan presiden parti Muhyiddin Yassin telah bersetuju.
"Selepas hampir setahun membincangkan dengan meyakinkan bersama presiden saya, beliau telah bersetuju dengan keputusan saya untuk tidak bertanding di peringkat cawangan, bahagian atau majlis tertinggi.
"Saya memberi jaminan kepadanya bahawa saya akan terus terlibat sebagai anggota parti dalam semangat demokrasi penyertaan, yang telah lama saya anjurkan selama ini. Saya akan terus menumpukan pada pusat penyelidikan saya dan menawarkan pertolongan yang membina melalui kajian tegar dan saintifik.
"Ia menjadi suatu perjalanan politik yang cukup penting sejak sebelum Bersatu ditubuhkan.
"Saya harap suau hari nanti saya akan menulis sebuah buku mengenai kisah benar bagaimana Bersatu dimulakan," katanya lagi.
Ia telah menjadi ekspedisi politik yang sangat mendalam sejak sebelum dibentuknya Bersatu yang saya harap suatu hari nanti saya akan menulis sebagai sebuah buku yang mendokumentasikan kisah sebenar bagaimana Bersatu bermula," tambah saya.
Rais juga berjanji untuk terus menyuarakan pendapatnya tanpa rasa takut dan memilih bulu.