Pengiklanan

    Video tak berikan gambaran betul - MB Perak

    (Dikemaskini )

    Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau mengeluh berkaitan hubungan dengan DAP seperti dirakam dalam sebuah video kontroversi.

    Memetik laporan FMT, Faizal berkata bahawa video yang disebarkan dalam media sosial itu diambil di luar konteks selain tidak merekodkan ucapan beliau secara sepenuhnya.

    "Saya telah mengatakan bahawa saya telah melalui banyak perkara di Perak dan terdapat pemimpin DAP cuba memburuk-burukkan saya.

    "Apa yang penting ialah kita semua bekerjasama rapat,” beliau dipetik sebagai berkata.

    Malangnya, katanya ada pihak yang tidak bertanggungjawab hanya merekodkan bahagian kecil kenyataan dia dan ini memberikan gambaran yang tidak betul.

    Dalam video 6.18 minitdi Youtube hari ini, Faizal kelihatan mengadakan satu perjumpaan dengan pengundi Tanjung Piai menjelang pilihan raya kecil (PRK) di kawasan parlimen itu.

    Beliau antaranya menjelaskan bagaimana beliau seorang diri berdepan puak-puak DAP melindungi kepentingan Melayu di negeri itu.

    "Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini.

    "Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita," kata individu itu kepada sekumpulan orang dalam satu pertemuan tidak rasmi.

    "Saya buat itu perlahan-lahan. Tapi, Alhamdulilah... kat sana (Perak) kawan-kawan Umno saya tak adalah marah saya macam ini. Kawan-kawan Umno baik dengan saya," katanya lagi.

    Klip video tersebut turut mendapati bahawa calon PH, Karmaine Sardini turut berada bersama Faizal.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih