malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M: Apa yang penting diri mereka sekarang
ADS

Antara individu paling kontroversi yang rasmi menjadi anggota Bersatu hari ini ialah anggota parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya, yang menerima kritikan pada 2017 apabila mencadangkan di Dewan Rakyat bahawa perkahwinan antara perogol dengan mangsanya boleh menangani masalah itu.

Pada 2016, beliau juga membangkitkan dakwaan rasuah Lim Guan Eng - ketua menteri Pulau Pinang ketika itu - berhubung pembelian banglo, yang menyebabkan Lim didakwa sebelum tuduhan itu digugurkan.

Bagaimanapun Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata Shabudin perlu diadili melalui dirinya yang sekarang, bukan masa lalunya.

"Saya rasa jika saya lihat latar belakang anda, saya agak pasti anda ada melakukan kesalahan kecil.

"Jika anda lihat masa lalu semua orang, anda tidak boleh lantik sesiapa kerana mereka semua ada melakukan kesalahan... Yang penting diri mereka sekarang," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau ditanya sama ada menerima kelakuan Shabudin pada masa lalu, termasuk kenyataannya berhubung perkahwinan antara perogol dan mangsa serta tuduhan terhadap Lim, apatah lagi setiausaha agung DAP itu kini seorang menteri dalam kabinetnya.

Pada sidang media hari ini, tujuh bekas anggota parlimen Umno menerima kad keanggotaan Bersatu.

Shabudin yang turut hadir enggan menjawab soalan pemberita.

Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya merupakan calon parti itu di kawasan Parlimen Tasek Gelugor pada PRU ke-14.

Beliau sebelum ini berkata petisyen pilihan raya terhadap Shabudin diteruskan walaupun dengan penyertaannya dalam Bersatu.

Lihat Komen