malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Isu Bersatu masuk Sabah: Shafie sudah temui Dr M
Diterbitkan:  Feb 11, 2019 10:52 AM
Dikemaskini: 3:15 AM
ADS

Ketua Menteri Sabah dan Presiden Warisan Shafie Apdal telah bertemu Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad bagi berbincang mengenai rancangan Bersatu untuk membuka bahagian di Negeri di Bawah Bayu.

Shafie dilaporkan berkata beliau mengulang janji yang dibuat sebelum PRU14 supaya Bersatu tidak melebarkan sayapnya ke negeri itu.

“Ya, saya telah berjumpa dengannya dan memberi pendapat saya.

“Perkara yang terbaik ialah kekalkan persefahaman kita sebelum pilihan raya,” katanya, petik laporan FMT.

Shafie menegaskan Warisan mendapat sokongan daripada pengundi bumiputera di negeri itu.

“Ini tidak bermakna kita tidak disokong komuniti bukan Bumiputera.

“Kerajaan Sabah stabil, kami ada 45 daripada 60 kerusi negeri, jadi sayap harap kita berpegang kepada apa yang telah disepakati,” katanya.

Bincang di peringkat pimpinan tertinggi

Bekas pengerusi Umno Sabah Hajiji Mohd Noor sebelum ini berkata Bersatu akan masuk ke Sabah "tidak lama lagi."

Hajiji merupakan salah seorang MP dan Adun Umno yang keluar parti serta menyatakan sokongan kepada PH dan Perdana Menteri Dr Mahthir Mohamad.

Hajiji mendakwa telah berhubung dengan pemimpin Bersatu mengenai hal ini.

Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya pula memberitahu Malaysiakini sebarang pengumuman berkaitan hal ini akan dibuat hanya selepas PRK Semenyih pada 2 Mac ini.

Sementara itu, pada 2 Februari lalu, Dr Mahathir berkata Bersatu belum membuat keputusan kerana ia perlu dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi terlebih dahulu.

Lihat Komen