malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Khaled: Umno bahagian boleh usulkan sidang khas
Diterbitkan:  Dec 16, 2018 12:06 PM
Dikemaskini: 4:31 AM
ADS

Naib Presiden Umno Khaled Nordin membayangkan beliau setuju perhimpunan agung khas diadakan untuk parti itu membincangkan nasib presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi Instagram, Khalid mencadangkan agar Bahagian Umno seluruh negara mengusulkan perhimpunan itu.

"Bahagian-bahagian boleh usulkan persidangan khas," katanya, merujuk satu laporan media berkenaan kedudukan Zahid sebagai presiden Umno.

Semalam, Zahid dilaporkan berkata tidak akan tunduk kepada desakan agar beliau meletakkan jawatan, dan berkata beliau hanya boleh disingkirkan melalui perhimpunan agung Umno dengan kehadiran dua pertiga perwakilan.


Baca: Panduan memecat presiden Umno


Ia selepas satu demi satu pihak dalam parti itu mendesaknya untuk berundur, susulan tindakan sejumlah pemimpin dan wakil rakyat Umno untuk keluar parti.

Antaranya yang menyuarakan desakan itu ialah Pemuda Umno Alor Setar, Pemuda Umno Sabah dan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Abdul Aziz Abdul Rahman.

Bekas calon presiden Khairy Jamaluddin Abu Bakar - yang sebelum ini mencadangkan pemilihan semula diadakan - juga menyatakan sokongannya, dengan berkata sudah tiba masanya Zahid berbuat demikian.

View this post on Instagram

Bahagian2 boleh usulkan persidangan khas

A post shared by Mohamed Khaled Nordin (@khalednordin) on

 

Lihat Komen