malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Syarikat durian Musang King didakwa musnah sekatan Orang Asli Gua Musang
ADS

Sekatan di Gua Musang itu didirikan bagi halang pembalak, syarikat perladangan ceroboh tanah adat kami, kata Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan.

Syarikat perladangan durian Musang King telah merobohkan sekatan yang dibentuk oleh masyarakat Temiar di Gua Musang, menurut Presiden Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along.

Kejadian ini berlaku walaupun baru-baru ini Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R Sivarasa mengadakan lawatan di tempat sekatan yang sama, di mana beliau berjanji untuk membantu menyelesaikan pertikaian antara penduduk Orang Asli dan syarikat perladangan tersebut.

Mustafa berkata syarikat itu telah meminta mengadakan mesyuarat di sekatan Kaleg di Pos Tohoi petang ini dan pada mulanya beliau percaya bertujuan untuk merundingkan penyelesaian berhubung kebuntuan berterusan berikutan campur tangan Sivarasa.

Apabila wakil syarikat itu tiba pada kira-kira 6.30 petang tadi, mereka datang dengan segerombolan 50 pekerja menaiki sembilan trak pikap.

"Kita ingat mereka nak bincang. Tiba-tiba dia orang keluar kereta, keluar chainsaw, dan mula musnahkan blockade […]

"Kita pun tak suspek apa-apa. Tiba-tiba keluar chainsaw dan kita pun macam tergamamlah,” kata Mustafa kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Orang Asli sangat kecewa kerana keadaaan tidak bertambah baik sejak lawatan menteri itu, tetapi sebaliknya menjadi lebih 'panas'.

Beliau juga menyatakan kemarahannya kerana Orang Asli tidak dilayan secara manusiawi dan berkata mereka bimbang terhadap ancaman syarikat berkenaan.

Mustafa berkata beliau akan membuat laporan polis di Gua Musang malam ini dan memaklumkan sekatan itu akan dibina semula esok.

Sekatan itu pada awalnya telah ditubuhkan pada 15 Februari lalu oleh masyarakat Orang Asli di Gua Musang untuk menjaga tanah adat mereka daripada pencerobohan pembalak dan pekerja syarikat ladang Musang King yang membuka tanah di situ.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen