malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
ANAK jangka 20 kerusi Felda jatuh ke pembangkang
ADS

Sebanyak 20 daripada 54 kerusi Parlimen yang mempunyai penempatan Felda didakwa akan jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman.

Menurut Mazlan, walaupun peneroka asal mungkin akan terus menyokong BN, namun peneroka generasi kedua dan ketiga lebih sensitif terhadap skandal yang melanda Felda beberapa tahun kebelakangan ini dan mereka mahukan perubahan kuasa.

Katanya lagi, jumlah peneroka baru itu sebanyak kira-kira 70 peratus kerana peneroka asal ada yang telah meninggal dunia dan kira-kira 80 peratus daripada mereka mahukan perubahan.

"Saya tak pernah bertemu dengan suatu keadaan yang mana sensitiviti anak-anak peneroka generasi kedua dan ketiga sangat baik dan mereka peka terhadap apa yang berlaku," katanya pada taklimat yang dianjurkan oleh Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 ) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada skandal yang menimpa Felda mempunyai kesan terhadap peneroka.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mazlan berkata, kerusi yang diramal akan jatuh ke parti pembangkang ialah Tebrau, Pagoh, Labis, Bera, Temerloh, Kubang Pasu dan Hulu Selangor.

 

[baca berita asal]

Lihat Komen