BERITA

Sentimen kaum dimain lepas gagal tangani ekonomi

Koh Jun Lin

9 Okt 2016, 11:50 tengahari

Dikemaskini 4 tahun lepas

A
+
A
-

Hanya pihak yang tidak mampu menangani isu-isu ekonomi atau skandal 1MDB akan memainkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Bercakap di Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini Lim menggesa anggota parti itu mengabaikan amalan politik begitu sebaliknya memberi tumpuan kepada isu ekonomi.

Memetik data Jabatan Perangkaan Lim kemudian menyatakan Kelantan - yang dikuasai PAS sejak 1990 - adalah negeri dengan keluaran dalam negeri terendah mengikut per kapita tahun lalu.

"Apabila mereka tidak dapat memberikan jawatan bagaimana mereka gagal menguruskan ekonomi, bagaimana mereka tidak berani menentang skandal 1MDB, mereka mula memaikan sentimen perkauman.

"Itulah yang kita lawan. Saya minta ahli tidak melayan sebarang permainan sentimen, sama ada ia dari Umno atau PAS. Kita akan beri tumpuan kepada masalah rakyat, iaitu masalah ekonomi," katanya.

Menurut Lim Kelantan hanya menghasilkan KDNK bernilai RM12,075 per kapita pada tahun lalu dan menurutnya jauh lebih rendah berbanding Perlis dan Kedah.

Perhasilan per kapita Perlis pada tahun lalu ialah RM21,394 diikuti Kedah RM18,249 yang berada di tempat kedua terendah.

Produktiviti tertinggi ialah Kuala Lumpur iaitu RM94,722 diikuti Pulau Pinang (RM44,847), Sarawak (RM44,012) dan Selangor (RM42,611).

Syarat terlalu mudah

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang menjelaskan kedudukan negeri itu meingkat dari tempat keempat pada tahun sebelumnya.

"Kalau ada amalan rasuah Pulau Pinang tidak akan meningkat ke tempat kedua," katanya.

Sementara itu Lim berkata beliau tidak berhasrat memberi respon kepada kenyataan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mengenai syarat diletakkan parti itu untuk bekerjasama dengan mereka.

"Marilah kita tumpukan perhatian kepada isu ekonomi. Saya tak mahu jawab tentang syarat ataupun ancaman PAS. Kalau saya ingat, dia (PAS) macam BN.

"Saya tak mahu jawab. Kita jangan ambil peduli. Kita buat kerja kita sendiri. Kerja (DAP) ialah untuk membela rakyat, untuk timbulkan isu ekonomi," katanya.

Pada 6 Oktober lalu Malaysiakini menyiarkan kenyataan Nasrudin yang mendakwa PAS hanya sedia bekerjasama dengan parti yang terlebih dulu menolak DAP.

Dalam kenyataannya itu anggota parlimen Temerloh berkenaan menegaskan sesiapa saja boleh datang kepada parti itu untuk menyertai gagasan yang dibawa, dengan syarat mereka mesti menghormati prinsip yang diperjuangankan.

"Syaratnya terlalu mudah, malah senang untuk dihafal iaitu hormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS," katanya.

Untuk merealisasikan kerjasama itu kata Nasrudin lagi pihak yang berkenaan mestilah mengetepikan DAP yang didakwanya tegas menentang Islam dibawa PAS.

[Baca berita asal]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen