malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Tiada impak pengumuman penyata 1MDB tak boleh diguna’
ADS

Pengumuman 1MDB bahawa penyata kewangan bagi tahun 2013 dan 2014 yang ditandatangani oleh syarikat audit Deloitte tidak boleh lagi digunakan adalah keterangan tidak penting, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata ini kerana 1MDB tidak mempunyai hutang dengan mana-mana bank tempatan, dan tidak akan menggunakan akaun tersebut untuk memohon pinjaman bank.

"Sebelum ini, terdapat banyak implikasi kerana 1MDB mempunyai banyak pendedahan dengan bank-bank di Malaysia - saya fikir - 1MDB begitu terdedah ketika itu.

"Hari ini, semua bank-bank ini tidak lagi mempunyai sebarang pendedahan lagi. 1MDB tidak mempunyai sebarang tunggakan dengan mana-mana bank tempatan. Semua sudah dibayar sepenuhnya, jadi pada dasarnya 1MDB tidak mempunyai sebarang pendedahan dengan mana-mana bank tempatan.

"Seperti yang saya memberitahu orang ramai sebelum ini, 1MDB tidak lagi mempunyai pinjaman.

"Mereka tidak akan ke bank untuk meminjam lagi, justeru, akaun-akaun yang telah diaudit - apabila Deloitte berkata ia tidak boleh digunakan lagi kerana syarikat itu memutuskan untuk menarik balik kerana menjadi kes Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, - tidak ada kesan kepada 1MDB," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya apakah implikasi pengumuman 1MDB minggu lalu dengan beberapa pakar kewangan menggambarkannya sebagai 'luar biasa'.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen