malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
KOM cadang kerajaan tubuh universiti sukan
Diterbitkan:  Jul 30, 2024 12:20 PM
Dikemaskini: 4:20 AM
ADS

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan universiti sukan pada masa depan.

Presiden KOM, Shahidan Kassim berkata cadangan tersebut merupakan antara keputusan besar yang dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli gabungan pada mesyuarat agung tahunan badan induk olahraga negara itu.

Shahidan berkata penubuhan universiti tersebut penting bagi memastikan remaja terutamanya lepasan sekolah sukan terus berkecimpung dalam sukan sekali gus memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat.

"Saya ingat sudah sampai masanya kita ada universiti sukan khas sebab perkara ini perlu kita beri perhatian untuk lahirkan atlet berprestasi tinggi,” katanya dalam satu video dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyatakan hasrat untuk mengadakan sesi perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi mengetengahkan cadangan tersebut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen