malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Atlet disekat masuk Malaysia, Israel ancam tindakan undang-undang
Diterbitkan:  Nov 25, 2021 8:15 AM
Dikemaskini: 9:09 AM

Persatuan Skuasy Israel (ISA) merancang mengheret Persekutuan Skuasy Sedunia (WSF) ke mahkamah timbang tara sukan jika pemainnya diharamkan menyertai kejohanan besar di Malaysia.

Pengerusi ISA Aviv Bushinsky menyifatkan keputusan Malaysia menolak visa atlet Israel sebagai diskriminasi.

Perkara itu, katanya, akan menjadi asas tindakan undang-undang mereka.

“Menjadi tanggungjawab kami melawan sebarang cubaan untuk mencampuradukkan sukan dengan politik,” dia dipetik sebagai berkata oleh Jerusalem Post.

Bushinsky berkata, negara yang dipilih sebagai tuan rumah kejohanan sukan perlu membuka pintu kepada peserta tanpa diskriminasi berdasarkan kaum atau politik.

WSF dilaporkan dimaklumkan pada 27 September oleh Persatuan Squash Malaysia (Sram) bahawa atlet Israel tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Kejohnanan Skuasy Berpasukan di Pusat Skuasy Nasional di Kuala Lumpur bermula 7 Disember ini.

Malaysia tidak mengiktiraf Israel. Bagaimanapun, pengeluaran visanya dilihat tidak konsisten.

Pada 2011, Malaysia membenarkan Yossi Benayoun masuk ke negara ini bersama kelabnya Chelsea untuk perlawanan persahabatan dengan negara ini.

Pada 2018, Malaysia membenarkan diplomat Israel menyertai forum Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selama seminggu.

[Baca berita asal]

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen