malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Bapa Khabib ubah gudang arak jadi pusat latih belia Dagestan
Diterbitkan:  Dec 1, 2019 1:03 PM
Dikemaskini: 5:11 AM
ADS

Bapa kepada atlet seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov baru-baru ini memperkenalkan gimnasium miliknya yang diubah daripada sebuah gudang arak.

Kata Abdulmanap Nurmagomedov dia mengambil tindakan sebegitu untuk menyediakan tempat bagi melatih remaja-remaja Dagestan untuk bergiat aktif dalam sukan itu.

Dalam sesi temubual eksklusif bersama laman berita Russia Today, Abdulmanap dilihat membawa kru penggambaran melawat gimnasium serba lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti ruang latihan, bilik belajar, serta pejabat untuk jurulatih mereka.

Ketika ditanya bangunan apakah gimnasium itu sebelum ini, bapa Abdulmanap dengan tenang menjawab: "Dulu ia gudang arak”.

Abdulmanap kemudian berkata gimnasium itu bukan saja bakal menjadi tempat untuk remaja berlatih seni mempertahankan diri tetapi juga akan berfungsi sebagai sekolah buat mereka.

Abdulmanap Nurmagomedov

“Akan ada gimnasium di dalam dan bilik belajar di tingkat atas dan 20 pelatih akan berlatih di sini.

“Kami akan melatih mereka untuk bergusti, bertinju dan judo - semuanya pada waktu yang sama,” katanya.

Mahu ibu bapa faham

Bapa Khabib yang sebelum ini aktif melatih atlet MMA juga memberitahu, dia sendiri akan menjadi jurulatih di situ untuk tempoh tiga tahun pertama.

“Saya akan membantu mereka untuk berlatih dengan betul.

“Saya akan memerhati mereka melalui kamera dan melihat semua yang berlaku di sini dari pelbagai sudut,” tambahnya.

Ketika sesi temubual tersebut, gudang dua tingkat yang turut memuatkan bilik persalinan dan ruang pejabat dilihat masih berada dalam proses pengubahsuaian dan belum boleh digunakan.

Abdulmanap yang mahukan tempat latihan tersebut menjadi penanda aras kepada gimnasium lain di Rusia menjelaskan mereka juga akan mula menerima pelatih berusia seawal enam tahun.

Ketika ditanya mengenai papan tanda yang masih belum dipasang di gimnasium tersebut Abdulmanap berkata dia akan menggantungnya di dalam dan di luar gimnasium tidak lama lagi.

“Saya mahu ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke sini memahami apa maksudnya sekolah yang mempunyai nama saya di dalamnya.

“Ia akan menjadi sekolah yang keras dan mereka sebagai ibu bapa perlu faham ke manakah mereka telah membawa anak-anak ini.

“Di sini mereka akan menjadi lelaki sebenar dan menjadi orang yang bertanggungjawab untuk mempertahankan negara mereka.

Lihat Komen