malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Nicol dilantik mentor kontinjen ke Sukan SEA
ADS

Ratu skuasy negara Nicol David dilantik menjadi mentor kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-30 di Filipina yang berlangsung dari 30 Nov hingga 11 Dis.

Pelantikan itu diumumkan secara rasmi oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada majlis penghantaran kontinjen Malaysia ke temasya dwi tahunan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Syed Saddiq menyifatkan juara dunia lapan kali itu bukan sahaja mentor buat atlet negara namun menjadi teladan buat seluruh rakyat Malaysia, sama ada dalam bidang sukan mahupun bidang lain.

"Saya percaya beliau sebagai mentor dapat menyuntik semangat atlet muda kita yang berjuang di Sukan SEA, terutama ketika saat paling sukar.

"Ini akan memberi perubahan yang sangat besar kepada atlet, walaupun secara rasminya dia telah bersara tetapi secara realitinya dia sentiasa ada untuk Malaysia", katanya.

Sementara itu, jaguh skuasy yang sudah meraih 81 kejuaraan Jelajah PSA itu berkata menjadi mentor kepada atlet negara adalah satu peluang yang besar buat dirinya berkongsi pengalaman.

“Saya berasa sungguh teruja diberi tanggung jawab ini untuk berusaha bersama para altet dan terima kasih YB kerana melihat dari segi potensi sumbangan yang dapat saya berikan daripada pengalaman yang saya ada

"Hari ini dengan memakai baju berjalur ini memberi sedikit kelainan kerana ketika saya bermain untuk negara adalah satu hal tetapi untuk memberi semula adalah peranan yang lain dan saya merasa seronok kerana dapat memainkan berperanan yang lebih besar.

"Saya sangat teruja, saya mendoakan yang terbaik untuk semua atlet,” kata Nicol.

Perkembangan itu ternyata menjadi tunjang buat atlet negara memandangkan Nicol telah mengumumkan persaraannya Jun lalu.

- Bernama

Lihat Komen