malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
FAM dituntut bayar ganti rugi kerosakan kerusi stadium
ADS

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengemukakan tuntutan bayaran ganti rugi kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan kerosakan kerusi akibat tindakan penyokong Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, 19 Nov lalu.

Tuntutan itu dikemukakan kepada FAM selaku penganjur perlawanan yang membuat tempahan mengikut syarat yang terkandung dalam terma perjanjian sewaan venue.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud, dalam kenyataan media hari ini, berkata hasil pemeriksaan yang dibuat selepas perlawanan, didapati sejumlah 44 unit kerusi stadium berkenaan dirosakkan oleh penyokong Indonesia yang mengakibat kerugian sejumlah RM11,000.

Lebih 75,000 penonton membanjiri stadium tersebut yang menyaksikan Malaysia mengalahkan Indonesia 2-0 pada kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

- Bernama

Lihat Komen