malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Demi Palestin, Unisza boikot barangan Puma - TNC HEP
Diterbitkan:  Oct 27, 2019 10:22 PM
Dikemaskini: 3:20 PM
ADS

Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Kuala Terengganu hari ini membantah tindakan pengeluar barangan sukan, Puma menaja pasukan bola sepak Israel (IFA).

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unisza Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh dalam suatu kenyataan berkata pihaknya akan memboikot segala produk keluaran Puma.

"Pengeluar produk barangan sukan terkemuka Puma yang berpengkalan di Jerman telah mendapat perhatian global apabila mereka menjadi penaja utama kepada Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) serta 6 buah kelab bola sepak mereka.

"Tindakan syarikat berkenaan memberi gambaran bahawa mereka menyokong Israel yang secara rakus telah menindas rakyat Palestin.

"Jadi kami secara tegasnya membantah dan memboikot segala produk serta barangan keluaran Puma," katanya dalam suatu kenyataan di Facebook.

Terdahulu, dilaporkan 200 pasukan sukan Palestin menggesa supaya Puma mengakhiri tajaan terhadap Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) atas dasar pelanggaran hak asasi manusia di Palestin.

Pemain pertahanan pasukan kebangsaan bola sepak wanita Palestin, Aya Khattab mempersoalkan tindakan Puma terhadap desakan supaya syarikat sukan itu menghentikan tajaan terhadap IFA.

"Lebih daripada 200 pasukan Palestin telah meminta syarikat itu mematuhi kod etikanya sendiri dan menamatkan perjanjian penajaan IFA.

"Apakah respons Puma kepada permintaan yang berulang untuk menimbang semula kontrak?" Soalnya pada tulisan pendapat terbit di Aljazeera.

Pada Julai 2018, Delta pengimport eksklusif Puma di Israel menandatangani perjanjian dengan Puma untuk menaja semua peralatan sukan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Israel termasuklah, pasukan wanita, belia dan remaja.

Lihat Komen