malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Malaysiakini dapat tempat keempat kejohanan badminton Allianz
Diterbitkan:  Jul 20, 2019 9:45 AM
Dikemaskini: 1:45 AM
ADS

Skuad badminton Malaysiakini membuat penampilan bergaya bagi menjayakan kejohanan Badminton Media Allianz 2019 yang dianjurkan buat kali pertama, kelmarin.

Tampil sebagai pasukan bukan pilihan, skuad Malaysiakini berjaya menempatkan diri di tempat keempat di belakang Kelab Badminton New Straits Times, China Press dan Berita Harian/Harian Metro.

Pertandingan itu dilangsungkan di Sports Arena Sentosa, Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur, menampilkan acara beregu lelaki, beregu lelaki veteran dan beregu campuran.

Dua pasukan teratas kemudian bertembung untuk menentukan tempat pertama dan kedua, manakala dua lagi pasukan masing-masing menentukan tempat ketiga dan keempat.

Ketua Pegawai Operasi Allianz Malaysia Bhd, Sean Wang, berkata pihaknya bercadang untuk menganjurkan kejohanan sama dengan lebih meriah pada tahun depan.

“Biasanya kami hanya mengendalikan kejohanan golf bersama media. Kali ini, kami sediakan pentas berlainan untuk media melalui kejohanan badminton," katanya.

Lihat Komen