malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Platini ditahan polis
Diterbitkan:  Jun 18, 2019 5:22 PM
Dikemaskini: 9:22 AM
ADS

Legenda bola sepak dari Perancis dan bekas presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa), Michel Platini, ditangkap polis susulan kes rasuah lapor media antarabangsa hari ini.

Platini, 62, ditahan pihak berkuasa yang menyiasat skandal pemilihan tuan rumah Piala Dunia 2022. Qatar terpilih menjadi kejohanan berprestij empat tahun sekali itu.

Memetik kenyataan pegawai polis, agensi berita Perancis melaporkan Platini ditahan di sebuah premis milik Pejabat Antirasuah, iaitu agensi yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan rasuah Perancis.

Platini dipilih sebagai presiden Uefa pada 2007 dan berkhidmat sehingga 2015. Dia dilihat bercita-cita mahu menerajui Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) namun kelayakannya terbatal selepas didapati bersalah melanggar beberapa etika sebelum itu.

Dia turut diharamkan daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat tahun berikutan skandal rasuahnya pada 2015.

Terdahulu, Platini didapati telah mengatur pembayaran gaji tertunggak sebanyak AS$2 juta kepada Sepp Blatter sebagai presiden Fifa.

Semasa undian menentukan tuan rumah Piala Dunia 2022, Platini mengundi untuk Qatar.

New York Times minggu lalu melaporkan, Platini memberitahu bahawa dia akan kembali selepas larangannya berakhir pada bulan Oktober.

Lihat Komen