malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Bibi Ramjani letak jawatan presiden Kafa
Diterbitkan:  Jun 18, 2019 3:53 PM
Dikemaskini: 8:00 AM
ADS

Bibi Ramjani Ilias Khan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini.

“Saya Hajah Bibi Ramjani Ilias Khan selaku presiden Kafa dengan ini melepaskan jawatan saya. Semoga Kafa maju jaya di bawah pengurusan baru.

“Terima kasih kepada semua penyokong yang tidak pernah putus untuk menyokong Kelantan FA.

“Mohon maaf dari saya kepada semua sepanjang saya memimpin Kafa,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Semalam beliau berkata berbuat demikian secara sukarela selepas calon presiden baru akan diangkat oleh beberapa Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) untuk menggantinya.

Bibi Ramjani mula memegang jawatan tersebut pada 18 September 2017 bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63.

Pemilihan usahawan wanita itu menerajui Kafa mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama menjawat jawatan sebagai presiden pasukan tersebut.

Bagaimanapun, beliau dilihat gagal membawa perubahan kepada pasukan The Red Warriors itu yang dibebani dengan isu tunggakan gaji pemain dan hutang.

 

Lihat Komen