malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
OKU kecewa isu ‘raba’ atlet dibangkitkan kembali
ADS

Orang Kurang Upaya (OKU) Placid P Rodriguez yang didakwa meraba atlet taekwando Nur Dhia Liyana Shaharuddin kecewa isu itu dibangkitkan kembali.

Sedangkan, kata peguamnya Joseph George, mahkamah sudah pun memerintahkan Nur Dhia meminta maaf padanya kerana mencederakannya susulan dakwaan itu.

"Tetapi, tiba-tiba ada yang muncul sebagai ‘kawan kepada kakak Nur Dhia' di sebuah portal kononnya, atlet taekwondo itu dijadikan mangsa dan sebagainya,” kata George.

Nur Dhia Liyana Shaharuddin 

Dakwaan itu dilaporkan sebuah portal pada 19 April lalu berkaitan insiden dipertikaikan pada 6 Julai 2017 di stesen LRT Putra Height, Subang Jaya.

Nur Dhia dituduh bawah Kanun Keseksaan 323 atas kesalahan sengaja mendatangkan cedera yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian itu, Nur Dhia Liyana menyerang orang separa buta dan pekak itu selepas dia didakwa merabanya.

Pada 9 April, Mahkamah Sesyen Shah Alam membuat keputusan bahawa Nur Dhia perlu memohon maaf secara bertulis dan diperintah membayar ganti rugi RM1,088, meliputi ganti rugi am dan ganti rugi khas.

Dia dilepas tanpa dibebaskan daripada kes itu.

Lihat Komen