malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Man United buat perjumpaan tergempar
Diterbitkan:  Apr 26, 2019 9:18 PM
Dikemaskini: 1:18 PM
ADS

Selepas tewas dalam tujuh dalam sembilan perlawanan terakhirnya, beberapa tokoh penting Manchester United mengadakan perjumpaan tergempar.

Perjumpaan diadakan antara CEO Ed Woodward, pengurus Ole Gunnar Solksjaer dan pembantu pengurus Mike Phelan, susulan kekalahan 2-0 di tangan seteru setempat Manchester City Rabu lalu.

Menurut Daily Mail semalam, perjumpaan di pusat latihan kelab itu dipanggil Woodward bagi membincangkan prestasi kelab yang kian memburuk dan berisiko terlepas tempat empat teratas liga untuk layak ke kejohanan Liga Juara-juara Eropah minggu depan.

Menurut laporan itu lagi, Woodward antara lain membangkitkan isu kebocoran barisan kesebelasan utama untuk menentang Manchester City - terutama kemasukan pemain pertahanan Matteo Darmian - yang ingin dirahsiakan, kepada media.

Laporan itu turut menyebut persediaan yang diadakan Manchester United di gelanggang latihan mereka, The Cliff, juga bocor di media, menyebabkan kebanjiran jurugambar sehingga sesi latihan terpaksa dipendekkan.

Turut dibincangkan ialah isu pemain - melibatkan Paul Pogba, Juan Mata, Ander Herrera, David De Gea dan Marcus Rashford.

Selepas City, United bakal berdepan cabaran berdepan dengan Chelsea - sebuah lagi kelab yang merebut tempat ke Liga Juara-juar Eropah - Ahad ini.

United kini berada di tangga keenam liga dengan 64 mata, tiga mata di belakang Chelsea di tangga keempat.

Liga Perdana Inggeris kini berada di penghujung musim dengan tinggal tiga lagi perlawanan. Selepas Chelsea, United akan berdepan Huddersfield Town dan Cardiff City.

Lihat Komen