malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
KRW, KAFA capai persefahaman, tiada lagi pertindihan tugas
ADS

Kelantan Red Warriors Sdn Bhd (KRW) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan pertindihan tugas berhubung pengurusan pasukan yang dihadapi sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KRW Ahmad Fazli Mohammad berkata susulan itu, gerak kerja syarikat dalam menguruskan pasukan bola sepak Kelantan termasuk untuk Piala Presiden dan Belia bagi musim 2019 dijangka dapat berjalan lancar.

"Selepas ini kita akan dapat lihat The Red Warriors (TRW) akan kembali ke landasan sebenar sebagaimana perancangan yang telah dibuat," katanya kepada Bernama, di Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya persefahaman itu dicapai dalam pertemuan beliau dengan Presiden Kafa Bibi Ramjani Illias Khan semalam.

Sebelum ini dilaporkan KRW menjalinkan usaha sama dengan Kafa bagi menguruskan pasukan sepak Kelantan termasuk menyelesaikan masalah berbangkit seperti tunggakan gaji.

Mengulas lanjut, Ahmad Fazli meminta penyokong pasukan Kelantan agar bersabar dan memberi ruang kepada syarikat itu menterjemahkan gerak kerja bagi memastikan semua perancangan berjalan lancar.

-- Bernama

Lihat Komen