Pengiklanan

    Rooney didenda kerana mabuk di khalayak umum

    (Dikemaskini )

    Bintang bola sepak England, Wayne Rooney ditahan kerana mabuk di khalayak umum pada kejadian di Lapangan Terbang Dulles, Virgina, di Amerika Syarikat pada 16 Disember lalu sebaik pulang dari Arab Saudi.

    Susulan itu, penyerang berusia 33 itu dilaporkan membayar denda sebanyak AS$25 dan AS$91 pada 4 Januari lalu.

    Jurucakapnua berkata, ketika penerbangan itu, Rooney mengambil ubat tidur dan alkohol sehingga menyebabkan dia keliru sebaik tiba.

    "Dia dihampiri polis yang menahannya atas pertuduhan kecil.

    "Dia didenda dan terus dibebaskan di lapangan terbang. Kes itu kini ditutup," katanya seperti dilaporkan BBC.

    Digantung lesen memandu

    Bekas pemain Manchester United yang kini bersama DC United itu didakwa atas kesalahan kecil 'Kelas 4' yang membawa hukuman denda maksimum AS$250.

    Terdahulu, Rooney dihukum penggantungan lesen memandu selama dua tahun pada September 2017 selepas mengaku mengendalikan kenderaan dalam keadaan mabuk.

    Dia kemudiannya berpindah ke Amerika Syarikat pada Jun 2018 dengan kontrak tiga tahun setengah bersama DC United.

    DC United dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya sedar berita mengenai Rooney yang ditahan bulan lalu itu menarik minat media, namun menganggap ia adalah isu peribadi.

    "Kami faham media berminat terhadap perkara ini tetapi kami percaya ia adalah isu peribadi Rooney dan DC United akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman.

    "Kami enggan mengulas lanjut mengenai situasi itu," kata DC United dipetik sebagai berkata. 

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih