malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Satu saat sahkan kemenangan untuk Dragons
ADS

Westports Malaysia Dragons akhirnya mengalahkan seteru lama dari Vietnam, Saigon Heat semalam apabila Winston Shepard berjaya menjaringkan mata buzzer pada saat terakhir.

Sebelum itu, pemain utama Heat, Murphy Burnatowski mengikat kedua-dua pasukan dengan jaringan tiga mata, 82-82. Dragons yang pada awalnya agak selesa pada 15 saat terakhir selepas dua jaringan penalti berhadapan dengan kemungkinan memasuki suku tambahan.

Dengan hanya satu saat sebelum wisel penamat, strategi jurulatih Dragons, Jamie Pearlman terbukti berhasil melalui lontaran jauh Nnanna Egwu kepada Shepard.

"Saya sebenarnya cuba memberikan gambaran lain kepada pihak lawan daripada apa yang saya sepatutnya lakukan.

"Saya cuba menyediakan 'skrin' supaya mereka (Saigon Heat) akan menganggap pemain lain yang akan mendapatkan jaringan itu. Lontaran Nnanna (Egwu) memang cukup baik," kata Shepard malam tadi di Stadium Bola Keranjang MABA Kuala Lumpur.

Shepard menjaringkan 22 mata, 17 rebound dan 6 assist manakala Chris Eversley yang mengetuai pasukan ini mendapat 25 mata, 6 rebound dan 4 assist.

Dragons memulakan aksi tahun ini dengan kebanyakan barisan pemain yang baru dan hanya beberapa daripada mereka masih bersama dengan pasukan Malaysia ini.

Walaupun Dragons pada awal permulaan liga dibelasah teruk oleh Singapore Slingers (110-47), inisiatif untuk mengubah corak taktikal dan latihan jurulatihnya menampakkan hasil yang baik dalam perlawanan dengan Wolf Warriors dari China pada Disember lalu.

Menurut ketua jurulatih Dragons Jamie Pearly, beliau menyifatkan taktik pertahanan zon pada suku keempat sangat efektif dan tidak memberikan ruang kepada Heat.

Dari awal suku keempat, Dragons yang ketinggalan 11 mata pada akhir suku ketiga (59-70) mengejar kembali jaringan mata dan mengikat 72-72 pada empat minit terakhir.

Heat hanya mampu menjaringkan dua mata berbanding Dragons dengan 13 mata pada suku terakhir itu.

"Kita harus bersedia dengan strategi sebegini dan memberikan ruang penggiliran kepada pemain.

"Ramai yang menganggap pertahanan zon adalah corak yang 'lembut' tetapi kamu dapat saksikan betapa baiknya pemain kita beraksi dalam zon. Saya sangat berpuas hati," kata Pearlman.

Dragons kini berada di tangga ketujuh liga di belakang Hong Kong Eastern.

Liga bola kerajang Asia Tenggara (Asean Basketball Leagu) musim ke-9 yang bermula sejak November lalu mempunyai sepuluh pasukan yang berentap kali ini dari China, Hong Kong, Macau, Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Malaysia Dragons akan beraksi di Stadium MABA pada pukul 2.30 petang, 6 Januari (Ahad) ini menentang Hong Kong Eastern.

Lihat Komen