malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Sayonara Mourinho
Diterbitkan:  Dec 18, 2018 5:55 PM
Dikemaskini: 10:35 AM
ADS

Pengurus kelab bola sepak Manchester United Jose Mourinho dipecat meskipun belum cukup tiga tahun beliau menggalas tugas itu.

Pengumuman itu turut disiarkan di Twitter rasmi kelab berkenaan.

"Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Jose Mourinho selama berada di Manchester United dan mengucapkan selamat berjaya kepadanya di masa depan.

"Pengurus sementara akan dilantik sehingga habis musim ini, sementara kelab akan cuba mencari pengurus sepenuh masa yang baru," kata kenyataan rasmi kelab itu hari ini.

Meskipun sering disebutkan sebagai antara pengurus bola sepak yang berjaya mencipta nama dalam bidangnya, permulaan Mourinho musim ini di Old Trafford tidak begitu menyerlah.

Lima kekalahan, lima seri, daripada 17 perlawanan setakat ini meletakkan Red Devils di tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris.

Perlawanan terakhir Mourinho menyaksikan Manchester United kalah pada lawan tradisinya, Liverpool 1-3. 

Media sebelum ini melaporkan hubungan Mourinho dan naib pengerusi eksekutif kelab itu, Ed Woodward, tegang selepas kelab itu gagal membawa masuk pemain pertahanan.

Selain itu, Mourinho juga dilihat tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pemainnya, terutamanya Pogba yang tidak diturunkan di dalam perlawanan di Anfield Ahad lalu.

Mourinho menyertai Manchester United pada Jun 2016 menggantikan Louis van Gaal dan sempat membawa kelab itu memenangi Europa League dan League Cup (2016-17) dan mencatat tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu. 

Sky Sports News melaporkan bahawa bekas pemain tengah Michael Carrick akan dilantik sebagai pengurus sementara sehingga pengurus sementara rasmi dilantik dalam tempoh 48 jam. 


Lihat Komen