malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Piala AFF: KBS pertimbang insentif buat Harimau Malaya
ADS

Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbang bentuk galakan atau insentif yang boleh diberi kepada pasukan bola sepak Harimau Malaya yang muncul naib juara kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 Sabtu lepas.

Timbalan Menteri berkenaan, Steven Sim berkata pencapaian yang ditunjukkan itu adalah hasil latihan dan program yang dijalani pemain sebelum ini.

“Walaupun kita tidak dapat menjulang piala itu namun dalam hati seluruh rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak, pemain-pemain kita sudah menjadi juara.

"Mereka telah menunjukkan prestasi yang cukup hebat dalam kejohanan ini. Bentuk galakan akan diumumkan selepas keputusan mengenainya dimuktamadkan,” kata Sim di lobi Parlimen hari ini.

Vietnam menjuarai kejohanan itu apabila menundukkan Malaysia dengan agregat 3-2 dalam aksi final yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 Dis dan Hanoi pada 15 Dis lalu.

- Bernama

Lihat Komen