malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Annuar Musa umum keluar pasukan
Diterbitkan:  Dec 17, 2018 1:48 PM
Dikemaskini: 5:53 AM
ADS

Di tengah-tengah kehangatan isu keluar parti yang melanda Umno, setiausaha agung parti itu Annuar Musa masih sempat membuat kelakar.

Di Twitter, beliau hari ini mengumumkan keluar pasukan setelah hilang keyakinan terhadap pembimbing yang menurutnya tiada hala tuju.

Bagaimanapun, pasukan itu ialah pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris Manchester United (MU), dan bukannya Umno.

“Saya dan keluarga setelah berfikir panjang dan menimbangkan dari semua sudut, terutamanya perkembangan semasa dan terkini dengan ini membuat keputusan KELUAR DARI TERUS MENYOKONGMU.

“Keputusan di buat dengan rela kerana hilang keyakinan dengan pembimbing pasukan yang nyata tiada hala tuju,” katanya sambil meletakkan tanda smiley.

MU tewas 3-1 kepada musuh tradisi Liverpool dalam perlawanan tengah malam tadi (waktu Malaysia) di tempat lawan.

Minggu lepas Umno digemparkan dengan tindakan hampir kesemua pemimpinnya di Sabah meletakkan jawatan.

Ia diikuti oleh enam anggota parlimennya. Hujung minggu ini, 10 orang lagi dispekulasikan berbuat demikian jika presiden Zahid Hamidi tidak berundur.

 

Lihat Komen