malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Dakwaan kebanjiran penyokong disiasat
Diterbitkan:  Dec 12, 2018 6:47 PM
Dikemaskini: 10:47 AM
ADS

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat dakwaan kebanjiran penyokong melebihi kapasiti pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam berkata badan induk berkenaan sudah berbincang dengan wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berhubung dakwaan itu dianggap mencalarkan reputasi FAM, malah boleh mengancam nyawa penyokong yang membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

“Justeru, FAM mengambil maklum perkara tersebut dan akan memastikan insiden itu tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya seperti dipetik menerusi kenyataan ringkas dalam laman Facebook FAM, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan segelintir netizen di laman sosial mendakwa lebih 88,000 penyokong membanjiri stadium berkenaan walaupun FAM hanya memperuntukkan 80,000 tiket untuk aksi final berkenaan berkesudahan Malaysia dan Vietnam seri 2-2.

Final kedua akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini (15 Dis).

- Bernama

Lihat Komen