malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
8 muka baru dipanggil ke latihan pusat Harimau Malaya
Diterbitkan:  Oct 23, 2018 9:20 AM
Dikemaskini: 1:24 AM
ADS

Lapan muka baharu merupakan antara 26 pemain yang disenaraikan pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk sesi latihan pusat skuad berkenaan bermula Rabu ini sebagai persediaan awal menghadapi Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada bulan hadapan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan muka baharu berkenaan adalah enam pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) – penjaga gol Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Safawi Rasid, Muhammad Syafiq Ahmad dan Ahmad Hazwan Bakri selain pemain Perak, Nazirul Naim Che Hashim dan pemain Pahang, Nor Azam Abdul Azih.

Kenyataan FAM turut memaklumkan Cheng Hoe mengekalkan 18 pemain yang dipanggil ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Republik Kyrgyzstan di Melaka pada Selasa lepas yang menyaksikan skuad negara kalah 0-1.

Dalam pada itu, Cheng Hoe terpaksa menggugurkan dua pemain iaitu Kapten Pahang, Matthew Davies yang mengalami kecederaan lutut serta pemain JDT II, Muhammad Fazly Mazlan kerana urusan peribadi.

Tiga lagi pemain iaitu penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli, Mahalli Jasuli (PKNS FC) dan pemain Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat diletakkan dalam senarai menunggu bersama dengan seorang lagi pemain JDT, Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Kenyataan FAM turut menjelaskan skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan dan padang rumput tiruan di Institut Semarak Felda, Bangi.

Sebanyak 21 pemain akan melapor diri pada Rabu ini sementara lima pemain Perak hanya akan melapor diri pada 29 Oktober ini selepas aksi final Piala Malaysia yang melibatkan pasukan Perak dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada 28 Okt ini.

Cheng Hoe dijangka mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan beraksi pada Piala Suzuki AFF 2018 selepas aksi persahabatan 'A' menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November ini.

Senarai 26 pelatih:

Penjaga Gol: Farizal Marlias (JDT); Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak); Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United).

Pemain Pertahanan: Aidil Zafuan Abd Radzak; Adam Nor Azlin; Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT); Shahrul Saad; Amirul Azhan Aznan; Nazirul Naim Che Hashim (Perak); Mohd Syazwan Andik Mohd Ishak; Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur).

Pemain Tengah: Azzizan Nordin (Sabah); Nor Azam Abdul Azih (Pahang); Muhammad Akram Mahinan (Kedah); D. Kenny Pallraj (Perak); Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT).

Pemain Sayap: Muhammad Syahmi Safari (Selangor); Mohamadou Sumareh (Pahang); Muhammad Akhyar Abdul Rashid; Syazwan Zainon (Kedah); Muhammad Safawi Rasid (JDT)

Penyerang: Shahrel Fikri Md Fauzi (Nakhon Ratchasima); Norshahrul Idlan Talaha (Pahang); Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur); Muhammad Syafiq Ahmad; Ahmad Hazwan Bakri (JDT).

- Bernama

Lihat Komen