malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Perak berentap dengan T'ganu di pentas akhir Piala Malaysia
ADS

Perak mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu Terengganu apabila menang dengan agregat 7-2 ke atas Sabah pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Likas di Kota Kinabalu, Sabah malam ini.

Walaupun seri 2-2 di laman pasukan lawan, Perak telahpun menang besar 5-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Perak pada 7 Okt lepas.

Pada perlawanan malam ini, Sabah mendahului dengan gol hasil Sabri Sahar pada minit ke-34.

Bagaimanapun, Perak berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Gilmar Jose Da Silva Filho pada minit ke-74 setelah dijatuhkan oleh penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.

Gilmar mengejutkan pasukan tuan rumah sekali lagi dengan menyepak masuk gol kedua pada minit ke-80.

Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-85 menerusi tandukan kapten pasukan Rawilson Batuil.

- Bernama

Lihat Komen