malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Pemain futsal LiSUS cedera dipanah petir
Diterbitkan:  Oct 13, 2018 7:53 PM
Dikemaskini: 11:55 AM
ADS

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan tiga peserta kejohanan futsal Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) cedera selepas dipanah petir petang tadi.

Kenyataan itu secara tidak langsung mengesahkan khabar yang menjadi tular di media sosial sebelum itu.

Menurut KBS kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang tadi di padang Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

"Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan sedang menerima rawatan kecemasan," kata kenyataan itu.

Pada masa sama KBS menegaskan kementerian terbabit sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan mangsa.

Katanya sebarang perkembangan mengenai mangsa panahan petir itu akan dimaklumkan pada kadar segera.

Sementara itu berdasarkan hantaran akaun Facebook Arena Futsal Malaysia, petir didakwa menyambar di padang permainan yang berlangsung dalam hujan.

Beberapa petir susulan juga dilaporkan menyambar selepas kejadian itu menyebabkan semua peserta dan pegawai pertandingan mencari perlindungan.

Mangsa kemudian dibantu anggota paramedik, pengadil dan pemain lain sebelum mereka dihantar ke HUKM.

Lihat Komen