malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Aksi kungfu cemari perlawanan Malaysia-UAE
Diterbitkan:  Aug 10, 2018 11:28 PM
Dikemaskini: 4:15 PM
ADS

Insiden pergaduhan 'ala-kungfu' mencemari perlawanan persahabatan terakhir skuad Bawah 23 (B-23) antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Shah Alam malam ini.

Insiden tersebut berlaku di tengah padang pada penghujung perlawanan ketika Malaysia mendahului 2-0.

Ia bermula apabila beberapa pemain serta pegawai UAE bertindak menyerang pemain kebangsaan, dipercayai berpunca daripada beberapa kekasaran yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan sebelum itu.

 

Pergaduhan tersebut turut merebak kepada keseluruhan pemain termasuk di bangku simpanan.

Situasi tersebut hanya dapat ditenangkan selepas petugas keselamatan mengawal keadaan.


Terdahulu, skuad Datuk Ong Kim Swee menguasai permainan namun terpaksa menunggu sehingga minit ke-27 untuk menjaringkan gol pendahuluan menerusi Safawi Rasid.

Gawang UAE bolos kali kedua menerusi gerakan solo oleh tonggak negara, Mohammad Akhyar Abdul Rashid pada minit ke-64.

Ini adalah perlawanan terakhir skuad B-23 sebelum ke Sukan Asia 2018 di Jakarta di mana mereka akan menentang Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain di peringkat kumpulan.

Lihat Komen