malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Malaysia perlu lepasi 7 emas di Sukan Asia
Diterbitkan:  Aug 10, 2018 4:08 PM
Dikemaskini: 8:10 AM
ADS

Kontinjen negara perlu meraih lebih tujuh pingat emas untuk berada dalam kelompok sepuluh terbaik dalam temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang, Indonesia pada 18 Ogos-2 Sept ini, kata ​​​​​​Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Beliau berkata berdasarkan persiapan kontinjen negara dengan sasaran yang diberikan iaitu tujuh pingat, ia bukan satu tekanan kepada atlet.

“Seperti yang dikatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kontinjen berpotensi untuk meraih sehinga 11 pingat emas.

“Biar kita serahkan kepada atlet menentukannya, mereka sudah berkerja keras untuk beraksi di Sukan Asia kali ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke temasya itu di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.

Malaysia pernah menduduki tangga kesepuluh keseluruhan ketika edisi di Guangzhou, China dengan kutipan pingat sembilan pingat emas, 18 pingat perak dan 14 pingat gangsa.

Berhubung sasaran tujuh pingat emas itu, Mohamad Norza berkata tiada spesifik sukan yang diletakkan sasaran untuk pingat emas itu kerana tidak mahu memberikan tekanan kepada sukan-sukan tertentu.

“Biarlah tujuh pingat emas ini menjadi satu sasaran yang diletakkan kepada semua,” katanya.

Seramai 418 atlet akan menggalas cabaran ke Sukan Asia kali ini.

Antara sukan tumpuan bagi prospek kilauan emas untuk negara adalah berbasikal, karate, sepak takraw, pencak silat dan tenpin boling.

- Bernama

Lihat Komen