malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Kanak-kanak mangsa gua Tham Luang dapat kerakyatan
Diterbitkan:  Aug 9, 2018 2:06 PM
Dikemaskini: 6:08 AM
ADS

Tiga kanak-kanak lelaki daripada pasukan bola yang diselamatkan dari gua ditenggelami air di utara Thailand, bulan lalu diberi kerakyatan negara itu, semalam.

Malah Reuters melaporkan, jurulatih mereka, Ekapol Chanthawong, 25, turut mendapat taraf warganegara.

Ekapol dan 12 kanak-kanak memasuki gua Tham Luang di Chiang Rai pada 23 Jun lalu, dan terperangkap selepas hujan lebat mengakibatkan banjir.

Usaha menyelamatkan mereka dilakukan pasukan antarabangsa berakhir pada 10 Julai lalu.

Ekapol dan tiga kanak-kanak terbabit berstatus “tiada negara” kerana tidak mempunyai kad pengenalan, walaupun dilahirkan di Thailand.

“Mereka semua layak. Semua kanak-kanak dilahirkan di Thailand mesti ada sijil kelahiran untuk kelayakan sebagai rakyat,” kata ketua pegawai daerah Mae Sai, Somsak Kanakam.

Menurutnya, kira-kira 20 individu lain, kebanyakannya kanak-kanak turut diluluskan kerakyatan.

Ramai golongan yang tiada kerakyatan di Thailand berasal dari kawasan yang mengalami perubahan sempadan.

Selain itu, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan, ada di antara mereka yang tinggal di kawasan bukit terpencil dan kurang aris mengenapi prosedur kerakyatan.

Lihat Komen