malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Promosi masakan Malaysia semasa Sukan Asia 2018
Diterbitkan:  Aug 8, 2018 8:52 PM
Dikemaskini: 12:55 PM
ADS

Tourism Malaysia di Indonesia akan mengadakan program masakan Malaysia atau ‘Taste of Malaysia’ di beberapa hotel dan venue di Jakarta semasa berlangsungnya Sukan Asia 2018.

Pengarahnya Roslan Othman berkata program masakan Malaysia itu bukan sahaja memberi pilihan makanan kepada peminat sukan Malaysia yang berada di Jakarta, tetapi juga dapat mempromosikan masakan Malaysia kepada warga Indonesia dan seluruh peminat sukan dari Asia.

"Program masakan Malaysia itu akan diadakan di lima buah hotel dan venue terpilih di Jakarta sepanjang Sukan Asia itu berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini, " katanya kepada pemberita selepas perasmian ‘Taste of Malaysia’ di Hotel Sahira di Bogor.

Perasmian ‘Taste of Malaysia’ di hotel itu dirasmikan Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan.

Zamshari berkata hubungan kepimpinan kedua-dua negara yang baik perlu diterjemahkan juga dalam kalangan rakyat kedua-dua negara, antaranya menerusi program masakan dan makanan.

"Program Taste of Malaysia ini misalnya akan dapat meningkatkan lagi hubungan rakyat Malaysia dan Indonesia apabila kita sama-sama berkongsi cita rasa makanan," katanya.

Pengurus Besar Hotel Sahira, Ibrahim Ishak berkata program itu adalah kerjasama bersama Hotel Adya Langkawi, yang membawa dua cefnya bagi menyediakan masakan Malaysia bermula semalam hingga 15 Ogos ini.

Antara 40 masakan popular dan tradisonal Malaysia ialah laksa Kedah, nasi ulam, laksa Johor, nasi dagang, masak lemak cili api dan mi udang.

- Bernama

Lihat Komen