malaysiakini logo
story-image
ADS

Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern meneruskan momentum di pentas antarabangsa dengan menjuarai Kejohanan Terbuka Australia di Melbourne hari ini.

Bekas pemain nombor lima dunia itu yang berehat 20 bulan akibat kecederaan lutut sebelum turun semula ke gelanggang bulan lalu, mengalahkan pemain Mesir, Hana Ramadan, 11-6, 11-9, 10-12, 11-6 pada aksi final di Mulgrave County Club.

Kejayaan bagi pemain berusia 28 tahun itu adalah gelaran ketiga berturut-turut dalam siri Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas Terbuka Malaysia dan Terbuka Tasmania, bulan lalu.

“Selepas kembali semula, tiga kemenangan dalam tiga kejohanan PSA adalah hebat...membuatkan usaha keras sepanjang 20 bulan lalu berbaloi. Masa untuk pulang! Terima kasih semua atas sokongan!,”Wee Wern dipetik berkata dalam Instagramnya.

Sebelum ini, Wee Wern dinamakan Pemain Terbaik Bulanan PSA bagi Julai.

-Bernama

Lihat Komen