malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Muhammad Ali mungkin dapat pengampunan AS
Diterbitkan:  Jun 8, 2018 9:46 PM
Dikemaskini: 1:50 PM
ADS

Barangkali sekarang ialah musim pengampunan untuk seseorang yang didapati pernah melakukan kesalahan oleh mahkamah.

Di AS Presiden Donald Trump berkata dia sedang mempertimbangkan untuk memberi pengampunan kepada salah seorang legenda paling dikenali di negara itu, Muhammad Ali.

Katanya, pertimbangan itu sedang dibuat secara serius.

"Saya memikirkan Muhammad Ali. Saya memikirkan hal itu dengan sangat serius bersama beberapa (hal) yang lan," katanya seperti dilaporkan CNN.

Muhammad Ali ialah jaguh tinju yang mencapai tahap legenda kerana hidupnya yang berwarna-warni. Satu daripadanya ialah kelancangan mulutnya di depan media.

Pada 1967 Muhammad Ali disabitkan bersalah kerana enggan menyertai angkatan tentera AS untuk dihantar ke Asia Tenggara. AS ketika itu sedang berperang dengan tentera Vietnam.

Nama asal Muhammad Ali ialah Cassius Marcellus Clay Jr. Dia memeluk Islam pada 1964 dan meninggal dunia 3 Jun 2016. Muhammad Ali berusia 74 tahun ketika itu.

Menurut CNN semalam Rumah Putih berkata mereka sedang menyiapkan kertas kerja bagi memberi pengampunan terhadap sejumlah tokoh di AS.

Lihat Komen