malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Perincian siaran Piala Dunia di RTM diumum Selasa
ADS

PIALA DUNIA 2018 | Perincian berhubung penyiaran perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) termasuk berkaitan penajaan akan dikongsi Selasa ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata satu sidang media berhubung perincian tersebut seperti jumlah tajaan, bilangan perlawanan yang akan disiarkan dan keuntungan yang dijana akan diadakan di The Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur.

"Semua orang teruja untuk tahu mengenai hal itu, jadi kita akan bawakan pasukan dari RTM bagi menjawab segala perkara berkaitan siaran bola sepak tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Beliau mendedahkan setakat ini Maxis Berhad adalah penaja utama rancangan itu.

Sebelum ini, Gobind mengumumkan kerajaan melalui RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan dengan kos sebanyak RM30 juta untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia bermula 14 Jun ini.

- Bernama

Lihat Komen