malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Ballack kecewa Leroy Sane tak beraksi untuk Jerman
Diterbitkan:  Jun 8, 2018 6:38 PM
Dikemaskini: 10:50 AM
ADS

PIALA DUNIA 2018 | Bekas pemain tengah Jerman, Michael Ballack mengkritik keputusan jurulatih Joachim Low yang tidak memasukkan Leroy Sane dalam skuad kebangsaan Jerman bagi Piala Dunia 2018.

Sane sebelum ini dibandingkan dengan pemain Bayern Laverkusen Julian Brandt, dengan masing-masing sering mengambil peranan di bahagian sayap kiri.

Bagaimanapun, Sane yang bermain untuk kelab Manchester City dilihat menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang musim lalu apabila menjaringkan 14 gol berbanding Brandt 12 gol.

"Saya tidak boleh terangkan keputusan itu. Bagi saya tiada perbandingan yang sukar antara kedua-dua pemain ini. Saya tak nampak. Ada 23 pemain dalam pasukan, dan untuk mengatakan anda cuma melihat dia bermain di posisi Brandt adalah mengarut.

"Brandt pemain yang bagus dan bebakat. Dia banyak buat peningkatan tahun ini. Tapi dia tidak bermain di peringkat seperti Sane. Sane bermain di kelab yang lebih besar, dengan tekanan dan jangkaan lebih besar, dengan pemain-pemain yang lebih bagus.

"Saya tidak ada apa-apa masalah dengan Brandt tapi saya tak faham kenapa Low bandingkan kedua-dua pemain itu," katanya seperti dilapor media.

Rakan sepasukan Sane, Ilkay Gundongan terpilih dalam pasukan kebangsaan Jerman yang merupakan pasukan pilihan untuk mengulangi kejuaraan mereka di Brazil.

Jerman yang berada dalam kumpulan F akan memulakan kempen Piala Dunianya dengan melawan Mexico pada 17 Jun. Dua pasukan lain dalam kumpulan itu adalah Sweden dan Korea Selatan.

Lihat Komen