malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Liverpool bakal dapat ikat pemain baru
Diterbitkan:  Jun 7, 2018 8:50 PM
Dikemaskini: 12:52 PM
ADS

Liverpool dijangka akan dapat mengikat sekurang-kurangnya seorang daripada dua pemain yang sedang diburu mereka dalam tempoh 24 jam ini.

Seorang daripada mereka ialah pemain antarabangsa Perancis yang sebelum ini beraksi untuk Lyon, Nabil Fekir.

Kemungkinan itu semakin cerah apabila presiden kelab Lyon menerima hakikat bahawa hati pemain itu memang terarah ke Anfield saja sekarang.

Pemain kedua yang diintai untuk disambar The Kop ialah bekas ayam tambatan Bayern Munich, Xherdan Shaqiri.

Pada musim lalu pemain warganegara Swittzerland itu bermain untuk kelab Stoke City namun kelibatnya kurang menyerlah.

Media melaporkan Fekir, 24, dan Shaqiri, 26, diperlukan Jurgen Klopp bagi meningkatkan ketajaman jentera serangan Liverpool.

Secara bandingan peluang untuk Shaqiri adalah lebih cerah kerana Stoke City hanya meletakkan harga £12 juta untuk melepaskan pemain terbabit.

Fekir pula mungkin memaksa Liverpool mengeluarkan belanja lebih besar dan prosesnya lebih rumit berbanding mendapatkan Shaqiri.

Lihat Komen