malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Fatehah digugurkan dari Sukan Asia 2018
Diterbitkan:  Jun 5, 2018 3:55 PM
Dikemaskini: 8:43 AM
ADS

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengambil keputusan mengejut dengan menggugurkan pelumba elit wanita kebangsaan, Fatehah Mustapa daripada senarai 17 pelumba ke Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini.

Pengurus skuad berbasikal ke Sukan Asia, Firdaus Arshad berkata keputusan berkenaan diputuskan oleh Ketua Jurulatih Skuad Trek negara, John Beasley yang kurang berpuas hati dengan prestasi ditampilkan pemenang empat pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Saya dapat tahu pengguguran nama Fatehah, semalam dan jurulatih akan memaklumkan perkara ini kepada Fatehah dalam tempoh terdekat dan keputusan ini datangnya daripada jurulatih sendiri.

“Kita bagaimanapun meletakkan sasaran satu pingat emas dalam acara pecut lelaki dan saya berpuas hati dengan jumlah yang disenaraikan selepas beberapa kali membuat rayuan,” kata Firdaus kepada pemberita selepas menyerahkan senarai nama berkenaan kepada Jawatankuasa Pemilihan Sukan Asia di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Firdaus berkata daripada senarai pelumba berkenaan, 11 atlet termasuk beberapa atlet program podium diletakkan dalam kategori A (perbelanjaan ditanggung sepenuhnya) manakala selebihnya iaitu lepas beramai-ramai, ujian masa individu dan BMX di bawah kategori B (perbelanjaan ditanggung sendiri).

“Latihan pusat akan dibuat beberapa hari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan kita akan mengadakan perbincangan dengan kesemua pelumba mengenai perancangan latihan bersama antara skuad trek dan lebuh raya,” jelas Firdaus.

Senarai 17 pelumba ke Sukan Asia:

Lelaki: Mohd Shahrul Mat Amin; Nik Mohd Azwan Zulkifli; Muhammad Zawawi Azman; Nur Amirull Fakhruddin Mazuki; Mohd Azizulhasni Awang; Muhammad Shah Firdaus Sahrom; Muhammad Fadhil Zonis; Irwandie Lakasek; Muhamad Afiq Huznie Othman; Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff; Muhammad Daniel Haikkal Edy Suhaidee; Eiman Firdaus Mohd Zamri; Muhammad Nur Aiman Rosli.

Wanita: Jupha Somnet, Noor Quraataina Mamat, Farina Shawati Mohd Adnan, Anis Amira Rosidi.

Lihat Komen