malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Skuad karatekas Labuan rangkul 6 emas
Diterbitkan:  Apr 24, 2018 5:05 PM
Dikemaskini: 9:08 AM
ADS

Karatekas Labuan menonjolkan kecekapan mereka dengan meraih enam emas pada Kejohanan Karate Terbuka Kota Kinabalu di Dewan Sekolah Menengah Lok Yuk, dekat sini.

Skuad itu turut merangkul empat pingat perak dan tujuh gangsa, sekali gus menduduki tempat kedua keseluruhan dalam acara tiga hari bermula 20-22 April itu.

Sebanyak 650 karatekas menyertai acara ini antaranya dari Labuan, Sabah, Sarawak, Filipina, India, Bangladesh dan Indonesia.

Jurulatih kontinjen karate Labuan Shihan Aswadee berkata pencapaian pasukannya sangat memberi inspirasi dan mereka terus memperbaiki kemahiran mereka untuk pertandingan seterusnya.

“Pasukan Labuan menghantar 18 atlet muda pada kejohanan ini bagi tujuan pendedahan, kebanyakan daripada mereka adalah pendatang baharu,” katanya.

Beliau berkata peserta kontinjen tersebut berusia antara enam dan 18 tahun.

Penyumbang pingat emas adalah Muhammad Aiqal Asmadie bagi kategori Kata Perseorangan Kadet Lelaki 14-15 tahun, Sam Hiang Fong (Kumite Perseorangan Wanita (-68kg), Daniel Dean (Kumite Perseorangan Kadet Lelaki 14-15 tahun (-57kg), Adib Abdullah Mohd Dzulfadly (Kumite Perseorangan Lelaki 12-13 tahun (-40kg), Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi (Kumite Perseorangan Wanita 10-11 tahun (-30kg) and Diya Khalish Kasryanto (Kumite Perseorangan Wanita 8-9 tahun (+25kg).

Pingat perak pula dimenangi Muhammad Aiqal Asmadie dalam Kumite Kadet Perseorangan 14-15 tahun (-52kg), Sam Hiang Fong (Kata Perseorangan Wanita), Prince Ferral (Kata Perseorangan Lelaki 6-8 tahun) dan Kaszym Aqim Kasryanto (Kumite Perseorangan Lelaki 10-11 tahun (+35kg)).

Tujuh gangsa diperoleh menerusi Zacchaeus Dunang Jerangku (Kumite Perseorangan Lelaki 12-13 tahun (+40kg)), Nur Ariesya Dayana Asmadie (Kata Perseorangan 6-8 tahun dan Kumite Perseorangan 5-7 tahun), Emmanuel Dunang Jerangku (Kata Perseorangan Lelaki 9-10 tahun), Prince Ferral (Kumite Perseorangan 5-7 tahun), Amber Jelzabelle Jinugi (Kumite Perseorangan 10-11 tahun (+30kg)) dan Muhammad Isyraf Faiz Muhammad Ismifarizal bagi acara Kumite Perseorangan 10-11 tahun (+35kg). -Bernama

Lihat Komen