malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Mo Salah pemain terbaik PFA musim 2017-18
Diterbitkan:  Apr 23, 2018 9:41 AM
Dikemaskini: 1:43 AM
ADS

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA) menamakan Pemain Liverpool Mohamed Salah sebagai pemain terbaik untuk musim 2017-18.

Beliau menjadi pemain Afrika kedua memenangi anugerah itu selepas Riyad Mahrez dari Leicester pada 2016.

Anak kelahiran Mesir itu mengetepikan tiga pemain Manchester City – Kevin De Bruyne, Leroy Sané dan David Silva.

Salah telah menjaringkan 40 gol bagi pasukannya pada musim ini.

“Memenangi anugerah ini satu penghormatan buat saya, apatah lagi bila diundi oleh pemain lain,” Salah dipetik sebagai berkata oleh The Guardian.

Salah juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukannya

Lihat Komen