malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
TMJ dilayan bintang Barcelona, jumpa Shakira
Diterbitkan:  Apr 17, 2018 6:41 PM
Dikemaskini: 10:43 AM
ADS

Kurang seminggu selepas muncul untuk meraikan rakyat di sebuah pasar raya Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi menarik perhatian ramai.

Kali ini Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dipaparkan bertemu dengan sejumlah bintang bola sepak Barcelona.

Turut ditemui Tunku Ismail bersama isterinya Che Puan Khaleeda ialah penyanyi terkenal dunia, Shakira.

Menurut kemas kini Facebook Johor Southern Tigers pasangan Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda menerima jemputan ke rumah Shakira daripada suami penyanyi kelahiran Colombia itu, Gerard Pique.

Pique, 31, adalah salah seorang pemain terpenting Barcelona serta Sepanyol.

Tunku Ismail juga menerima jemputan khas daripada kelab gergasi Sepanyol berkenaan untuk menyaksikan mereka menjalani latihan pusat.

Pada kesempatan itu TMJ bertemu dengan beberapa bintang bola sepak antarabangsa yang kini bermain untuk Barcelona.

Antaranya ialah pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali, Lionel Messi dari Argentina serta penyerang berbisa dari Uruguay, Luis Suarez.

Tidak ketinggalan bintang Sepanyol, Andres Iniesta dan Sergio Busquets, selain Marc-Andre ter Stegen (Jerman).

Lihat Komen