malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
FAM: Diikat Mongolia, jangan salahkan TMJ saja
Diterbitkan:  Mar 23, 2018 6:29 PM
Dikemaskini: 10:40 AM
ADS

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap presiden mereka Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak dijadikan sasaran tunggal kemarahan susulan gagal menang melawan pasukan semi profesional Mongolia di ibu negara semalam.

“Kami semua di FAM termasuk jurulatih dan pemain sendiri perlu sama-sama memikul tanggungjawab ini bagi memperbaikinya pada perlawanan akan datang,” kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau juga meminta penyokong Harimau Malaya mencontohi penyokong luar negara yang terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi ketika menang atau kalah.

“...bukannya terus mengkritik dan menghina pasukan setiap kali gagal mencatat kemenangan.

“Jika kita tidak menyokong skuad Harimau Malaya, siapa lagi,” katanya.

Perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, berakhir dengan kesudahan jaringan seri 2-2.

Dengan keputusan itu, pasukan kebangsaan terus gagal mencapai kemenangan dalam 11 perlawanan.

Kali terakhir Malaysia menang adalah ketika melawan Kemboja 3-2 pada aksi sulung Piala Suzuki AFF 2016 di Yangon, Myanmar pada 20 November 2016.

Berdasarkan ranking dunia pula, Malaysia di kedudukan ke-178 dunia berbanding Mongolia yang hanya berada di tempat ke-189.

Lihat Komen