malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Hafizh Syahrin sah ke MotoGP
Diterbitkan:  Feb 21, 2018 6:24 PM
Dikemaskini: 11:03 AM
ADS

Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah sah akan beraksi dalam perlumbaan MotoGP pada tahun ini apabila secara rasmi menyertai pasukan Monster Yamaha Tech3, hari ini.

Menurut laman MotoGP.com hari ini, Hafizh, 24, menjadi pelumba pasukan yang berpangkalan di Perancis itu selepas menunjukkan persembahan cemerlang ketika sesi ujian tiga hari di Buriram, Thailand.

Ia menjadikan beliau sebagai pelumba pertama dari Asia Tenggara yang berentap di kelas tertinggi kejohanan motorsikal dunia bersama-sama pelumba seperti Valentino Rossi dan Dani Pedrosa.

"Saya benar-benar gembira selepas menerima berita bahawa saya akan bersama-sama Monster Yamaha Tech pada 2018," katanya seperti dipetik laman itu.

"Saya akan cuba melakukan yang terbaik pada tahun ini...Sejujurnya saya tidak sabar menunggu musim (perlumbaan) untuk bermula," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Hafizh yang dikenali sebagai "Pescao 55" di kalangan peminat sukan permotoran sebelum ini merupakan pelumba Petronas Raceline Malaysia bagi kelas Moto2 dan menduduki tempat ke-10 bagi musim 2017.

Menurut laman itu lagi, dalam sesi ujian itu, beliau mencatatkan masa lebih 1.7 saat berbanding masa terpantas yang dipegang Pedrosa.

Pengurus pasukan Monster Yamaha Tech3 Herve Poncharal menyatakan kebanggaannya kerana dapat memberikan ruang kepada Hafizh beraksi di pentas MotoGP.

"Kami perlu meyakinkan ramai orang bahawa Hafizh akan menjadi pelumba MotoGP yang bagus. Maka kami memberikan ujian sukar di Buriram. akhirnya beliau melakukan dengan cukup hebat dan menyempurnakan misi.

"Saya tahu ini akan menjadi suatu yang bersejarah kerana buat pertama kali pelumba Malaysia akan beraksi di MotoGP secara musim penuh," katanya.
 

Lihat Komen