malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Rohingya di hati Ronaldo
Diterbitkan:  Feb 20, 2018 11:43 AM
Dikemaskini: 5:56 AM
ADS

Nampaknya isu kesengsaraan pelarian Rohingya sudah mendapat perhatian hampir semua pihak - kecuali rejim Myanmar sendiri.

Selain diperkatakan pemimpin negara, ahli sukan turut menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang etnik Rohingya yang tidak diiktiraf di negara mereka sendiri.

Salah seorang pemain terbaik dunia adalah antara mereka yang bersuara membela pelarian Rohingya.

Pada beberapa hari lalu Cristiano Ronaldo menciap di Twitter bersama mesej yang berterus terang.

"Satu dunia tempat kita semua menyayangi anak-anak kita. Tolong batu. #Rohingya #Refugee @SavetheChildren," ciapnya.


Baca 'Jersi' Murtaza sentuh hati Messi


Bersama ciapan itu dua keping gambar hitam putih, termasuk satu daripadanya memaparkan Ronaldo bersama empat kanak-kanak.

Sekeping gambar lagi menunjukkan seorang lelaki mendukung anaknya di sebuah klinik kesihatan dikendalikan pertubuhan amal di Bangladesh.

Konflik di negeri Rakhine di Myanmar itu bukan sesuatu yang baru. Didiami majoriti penduduk beragama Buddha, etnik Rohingya - yang beragama Islam - berdepan dengan kempen penghapusan secara terancang.

 

 

Kerajaan memang menafikan pembabitan mereka dalam kempen keganasan berkenaan namun banyak bukti dan keterangan mangsa menunjukkan sebaliknya.

Myanmar yang kini dipimpin Aung San Suuk Kyi, masih gagal menunjukkan kesungguhan mereka membela etnik terbabit di sebalik imej wanita itu sebagai pemenang Anugerah Keamanan Nobel.

Etnik Rohingya tidak dianggap sebagai rakyat Myanmar walaupun mereka sudah mendiami negara itu sejak sekian lama. Sebahagian besar mereka berasal dari Bangladesh.


Baca Maria Ozawa 'main bola' sempena Piala Dunia


Ketika ini dianggarkan kira-kira 656,000 pelarian terpaksa mendapatkan perlindungan di kem-kem sementara di negara jiran, manakala sesetengahnya menjadi bahan perdagangan sindiket jenayah.

Media melaporkan ada lebih 500,000 orang perlukan bantuan segera, dan daripada jumlah itu hampir 17,000 adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun yang kekurangan zat yang kronik.

Untuk rekod Ronaldo bukanlah asing dalam kempen kebajikan.

Malah pada 2015 namanya berada di kedudukan teratas dalam senarai bintang bola sepak paling banyak membuat kerja amal di seluruh dunia.

Pada 2011 penyerang berbisa kelab Real Madrid itu melelong kasut emasnya pada harga £1.2 juta (RM6.5 juta) dan dana itu dimanfaatkan untuk membina sekolah di Gaza.

Kira-kira dua tahun kemudian Ronaldo melelong piala Ballon d'Or yang dimenanginya dan wang yang diperolehi dibelanjakan untuk membantu kanak-kanak yang diancam penyakit kronik.

Lihat Komen