malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Amelia tak kesal bersara awal
Diterbitkan:  Jan 11, 2018 5:51 PM
Dikemaskini: 9:55 AM
ADS

Bekas pemain beregu wanita negara, Amelia Alicia Anscelly tidak pernah menyesal mengambil keputusan bersara awal dalam arena badminton sebaliknya bercita-cita mahu melahirkan lebih ramai juara dalam kalangan skuad remaja.

Amelia berusia 30 tahun baru dilantik sebagai jurulatih beregu wanita bagi pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), berkata beliau bersedia mencurahkan ilmu serta pengalaman kepada pemain-pemain muda serta membantu melahirkan lebih ramai pemain berkaliber di peringkat akar umbi.

"Saya pernah terfikir mahu bermain secara profesional selepas bersara tetapi saya sedar semangat untuk menjadi pemain badminton itu tidak seperti dulu. Lebih baik saya berbakti dengan mencurahkan ilmu kepada pemain-pemain muda ini.

"Saya sendiri yang memohon untuk menjadi jurulatih. Suami dan rakan-rakan serta keluarga juga banyak memberikan sokongan dengan pilihan saya ini. Saya pilih menjadi jurulatih kerana mahu membantu pemain muda, saya mahu lahirkan juara,'’ kata pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura 2015.

Beliau ditemui pemberita selepas perhimpunan bersama pelajar SSBJ di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutny, beliau akan berbincang dengan ketua jurulatih skuad remaja, Kwan Yoke Meng mengenai program yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

Amelia, yang bersara tahun lepas, difahamkan sudah tidak sehaluan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana sering bertukar pasangan yang menyebabkan prestasinya merosot.

Beliau pernah menduduki tangga ke-17 dunia ketika berganding bersama Soong Fie Cho pada 2015, turut meraih kejuaraan di Kejohanan Terbuka India pada tahun yang sama. -Bernama

Lihat Komen